| 
Semasa di Kuala Lumpur, Bustam
  dibawa oleh Pak Cik Kahar ke Putrajaya dengan menaiki ERL. Dalam
  perjalanan, Bustam terdengar perbualan antara dua orang budak perempuam. 
Susan : Wah, lajunya kereta api
  ini! 
Janet : Yalah, tapi ini bukan kereta api
  biasa! Ini ERL. Kereta api ini menggunakan
  tenaga elektrik. 
Susan : Oh, begitu! Tentu perkhidmatan
  ERL ini amat diperlukan. Inilah hasil kemajuan sains dan teknologi. 
Janet : Kereta api ini tidak sepanjang
  kereta api biasa. Di dalam gerabaknya pula, ada monitor yang menayangkan
  maklumat tentang perkhidmatan ERL dan juga tempat-tempat menarik di Malaysia. 
Susan : Amboi, selesa sungguh menaiki ERL
  ini! Tempat duduknya pun lembut. 
Janet : Memang benar kata kamu, Susan.
  Selain selesa, perkhidmatan ini akan mempercepatkan perjalanan antara ibu
  kota dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. | 
Saturday, 10 December 2011
Lakonkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


 
No comments:
Post a Comment