Sunday 11 December 2011

Baca Dan Fahami.


Kereta Kabel Langkawi

Stesen Permulaan, tempat mula-mula
untuk menaiki kereta kabel.
Di Pulau Langkawi, perkhidmatan kereta kabel terdapat di Teluk Burau. Untuk menaiki kereta kabel Langkawi, kita perlu membeli tiket. Harga tiket untuk orang dewasa RM15.00, kanak-kanak RM5.00 dan bagi pelajar dalam kumpulan RM10.00.
     


 Jarak perjalanan dari Stesen Permulaan hingga ke Stesen Puncak ialah 2079 meter. Sebelum tiba di Stesen Puncak, penumpang dapat melihat Gunung Machincang yang setinggi 713 meter dengan jelas. Di kedua-dua stesen tersebut, penumpang boleh turun untuk meredah hutan. Penumpang juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi serta flora dan fauna. Di Stesen Puncak pula, penumpang dapat melihat pemandangan keseluruhan Pulau Langkawi dan Selatan Thailand.

Stesen Tengah
Batu kapur berusia 450 juta tahun
boleh dilihat di Gunung Machincang.

    
      Kereta kabel Langkawi menjadi tarikan pelancongan dari dalam dan luar negara. Banyak pelawat yang berkunjung ke tempat itu terutamanya pada masa cuti umum.
Stesen Puncak tempat pelancong 
dapat melihat keseluruhan 
Pulau Langkawi dan Selatan Thailand.
    






Baca Dan Fahami.


Ekopengangkutan
Ekopengangkutan
Ekopengangkutan merupakan sejenis perkhidmatan pengangkutan yang digunakan di kawasan pelancongan. Perkhidmatan ini dapat memberi pelancong peluang menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan tersebut.


Kepentingan ekopengangkutan
Ekopengangkutan penting untuk membolehkan pelancong:
u     Sampai ke sesuatu tempat pelancongan.
u     Dapat mengembara dan menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan persekitaran.





Pelancong dapat menikmati keindahan alam di kawasan tanah tinggi dari dalam kereta kabel.







Pelancong menikmati keindahan alam sambil mengelilingi tasik atau pulau dengan bot pelancong.





Ciri Kenderaan ekopengangkutan.
Ciri yang ada pada kenderaan yang digunakan untuk tujuan ekopengangkutan ialah:
·    mempunyai ruang pemandangan yang mencukupi.
·    mengutamakan keselamatan pelancong.
·    memerlukan khidmat pemandu pelancong untuk menjelaskan sifat daya tarikan sesuatu kawasan pelancongan itu.


Perkhidmatan ekopengangkutan di Malaysia.
Antara perkhidmatan ekopengangkutan di Malaysia adalah seperti:


Kereta kabel
Terdapat di Genting Highlands dan Pulau Langkawi.
 

Bot pelancongan
Terdapat di Tasik Kenyir, Tasik Mines, Tasik Cini dan Tasik Putrajaya.


                                         
Kapal persiaran
Terdapat di persisirn pantai Semenanjung Malaysia.

Mari Bersyair



Pelayaran Muhibah

Dengarlah kisah pengalaman dicitra,
Pelayaran Muhibah indahlah nyata,
Lautan biru diredah serata,
Kenangan bersama menjadi cerita.

Terkenal sudah sebuah bahtera,
Seperti kota luas tertera,
Kemudahan moden sangat ketara,
Semua penumpang riang gembira.

Ke Pulau Langkawi arah destinasi,
Pulau Pinang telah dilepasi,
Terhibur hati melihat reaksi,
Rakan ceria menjadi inspirasi.

Penumpang terhibur sepanjang hari,
Indahnya pemandangan tidak terperi,
Pengalaman ini sukar dicari,
Sekiranya teringin alamilah sendiri.


Baca Dan Fahami.



Sebelum pulang ke Sarawak, Bustam sempat menyiapkan buku skrapnya tentang jenis-jenis pengangkutan awam. Dia mencari maklumat lanjut tentang ERL melalui internet di rumah bapa saudaranya. Dia mencatat maklumat yang diperolehi. Mari kita baca maklumat tersebut.
ü       ERL beroperasi antara Stesen Sentral Kuala Lumpur dengan Stesen di KLIA.
ü       Perjalanan antara dua stesen tersebut mengambil masa 28 minit.
ü       ERL bertolak dari kedua-dua stesen setiap 15 minit.
ü       Setiap gerabak berhawa dingin dan dilengkapi dengan tempat duduk yang selesa.













Saturday 10 December 2011

Lakonkan.




Semasa di Kuala Lumpur, Bustam dibawa oleh Pak Cik Kahar ke Putrajaya dengan menaiki ERL. Dalam perjalanan, Bustam terdengar perbualan antara dua orang budak perempuam.

Susan : Wah, lajunya kereta api ini!
Janet : Yalah, tapi ini bukan kereta api biasa! Ini ERL. Kereta api ini menggunakan tenaga elektrik.
Susan : Oh, begitu! Tentu perkhidmatan ERL ini amat diperlukan. Inilah hasil kemajuan sains dan teknologi.
Janet : Kereta api ini tidak sepanjang kereta api biasa. Di dalam gerabaknya pula, ada monitor yang menayangkan maklumat tentang perkhidmatan ERL dan juga tempat-tempat menarik di Malaysia.
Susan : Amboi, selesa sungguh menaiki ERL ini! Tempat duduknya pun lembut.
Janet : Memang benar kata kamu, Susan. Selain selesa, perkhidmatan ini akan mempercepatkan perjalanan antara ibu kota dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Friday 25 November 2011

Jenis-jeneis Kenderaan Yang Lalak Menerima Subsidi


·        Bas sekolah                    

·        Bas ekspres

·        Bas Berhenti-henti

·        Bas Mini

·        Bas Pengantara

·        Kereta Sewa

·        Teksi

·        Van Mayat

·        Lori Mayat

·        Ambulan

(Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)

·        Bomba

(Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)

BAS SEKOLAH
BAS EKSPRES
BAS BERHENTI-HENTI
BAS PENGANTARAKERETA SEWATEKSI
LORI MAYATAMBULANSBOMBA

           BAS MINI                              VAN MAYAT

Definisi Kenderaan



Definisi Kendaraan berdasarkan PP Nomor 44 Tahun 1993

Definisi Kendaraan berdasarkan PP Nomor 44 Tahun 1993 Kendaraan Bermotor adalah kendaraan yang digerakkan oleh peralatan mekanik teknik yang terdapat pada kendaraan tersebut.
a. Sepeda Motor adalah jenis kendaraan bermotor beroda dua, atau tiga tanpa rumah-rumah baik dengan atau tanpa kereta samping.
b. Mobil Penumpang adalah setiap kendaraan bermotor yang dilengkapi sebanyak-banyaknya 8 (delapan) tempat duduk penumpang tidak termasuk tempat duduk pengemudi, baik dengan maupun tanpa perlengkapan pengangkutan berbagasi.
c. Mobil Bus adalah setiap jenis kendaraan bermotor yang dilengkapi lebih dari 8 (delapan) tempat duduk penumpang tidak termasuk tempat duduk pengemudi, baik dengan maupun tanpa perlengkapan pengangkutan berbagasi.
d. Mobil Barang adalah setiap jenis kendaraan bermotor selain dari yang termasuk dalam sepeda motor, mobil penumpang dan mobil bus yang dikhususkan untuk mengangkut barang.
e. Kendaraan Khusus adalah jenis kendaraan bermotor selain daripada kendaraan bermotor untuk penumpang dan kendaraan bermotor untuk barang, yang penggunaannya ditujukan untuk keperluan khusus atau mengangkut barang-barang khusus.
Definisi Kendaraan umum Kendaraan Umum menurut Undang-undang no 22 Tahun 2009 adalah setiap jenis kendaraan yang disediakan untuk dipergunakan oleh umum dengan dipungut bayaran.