| 
No | 
Soalan | 
Jawapan | 
| 
1 | 
Dua roda aku
  miliki, 
     Dapat bergerak berbantukan
  haiwan; 
Di Bandaraya Melaka aku dinaiki, 
     Siapakah aku wahai kawan? | |
| 
2 | 
Enam penumpang dapat kuisi, 
     Untuk melihat alam yang luas; 
Aku tidak seperti teksi, 
Siapakah aku jawablah lekas? | |
| 
3 | 
Tenaga elektrik perlu diguna, 
     Dapat bergerak pantas sekali; 
Di bandar raya aku berada, 
     Siapakah aku cuba kenali? | |
| 
4 | 
Lautan yang luas aku harungi, 
     Badanku besar telah direka; 
Kalau adik bijak bestari, 
     Siapakah aku cubalah teka? | |
| 
5 | 
Bunga apa warna hitam?  | |
| 
6 | 
Berjalan guna 2 kaki, berhenti sekejap guna 3 kaki, bila berhenti lama
  guna 4 kaki, siapakah dia?  | |
| 
7 | 
Kenderaan apa yang tidak boleh diundur?  | |
| 
8 | 
Kenderaan apa yang paling menakutkan?  | |
| 
9 | 
Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai?  | |
| 
10 | 
Kenderaan apa yang susah dicari?  | |
| 
11 | 
Kenderaan apa yang pemandunya ramai, penumpang satu sahaja?  | |
| 
12 | 
Binatang apa yang mempunyai kereta ?  | |
| 
13 | 
Apa benda berkaki satu, bermata tiga ?  | |
| 
14 | 
Kereta ini besar, tetapi kalau diberi percuma tiada siapa yang ingin
  naik. Kereta apa?  | |
| 
15 | 
Anak raja mana yang jalan bawah tanah?  | |
| 
16 | 
Kereta apa yang orang tidak pernah panggil kereta?  | |
| 
17 | 
Apakah kenderaan bila minya banyak, ia bergerak dengan lambat. Tetapi
  bila minyak sedikit ia laju?  | |
| 
18 | 
Banyak-banyak kereta, kereta apa yang pemandunya memandu dari belakang?  | |
| 
19 | 
Dalam banyak kenderaan, kenderaan apakah yang menjadi hero?  | |
| 
20 | 
Kereta apa yang tidak boleh dinaiki manusia? | 
TEKA-TEKI
Subscribe to:
Comments (Atom)
