Di Pulau Langkawi, perkhidmatan
  kereta kabel terdapat di Teluk Burau. Untuk menaiki kereta kabel Langkawi, kita
  perlu membeli tiket. Harga tiket untuk orang dewasa RM15.00,
  kanak-kanak RM5.00 dan bagi pelajar dalam kumpulan RM10.00.
 
 Jarak perjalanan dari Stesen Permulaan hingga
  ke Stesen Puncak ialah 2079 meter. Sebelum tiba di Stesen Puncak, penumpang dapat
  melihat Gunung Machincang yang setinggi 713 meter dengan jelas. Di kedua-dua stesen
  tersebut, penumpang boleh turun untuk meredah hutan. Penumpang juga dapat menikmati
  keindahan alam semula jadi serta flora dan fauna. Di Stesen Puncak pula, penumpang
  dapat melihat pemandangan keseluruhan Pulau Langkawi dan Selatan Thailand.
| 
  | 
| Stesen Tengah | 
|  | 
| Batu kapur berusia 450 juta tahun boleh dilihat di Gunung Machincang.
 |