Sunday 11 December 2011

Mari Bersyair



Pelayaran Muhibah

Dengarlah kisah pengalaman dicitra,
Pelayaran Muhibah indahlah nyata,
Lautan biru diredah serata,
Kenangan bersama menjadi cerita.

Terkenal sudah sebuah bahtera,
Seperti kota luas tertera,
Kemudahan moden sangat ketara,
Semua penumpang riang gembira.

Ke Pulau Langkawi arah destinasi,
Pulau Pinang telah dilepasi,
Terhibur hati melihat reaksi,
Rakan ceria menjadi inspirasi.

Penumpang terhibur sepanjang hari,
Indahnya pemandangan tidak terperi,
Pengalaman ini sukar dicari,
Sekiranya teringin alamilah sendiri.


No comments:

Post a Comment