| 
Ekopengangkutan 
Ekopengangkutan 
Ekopengangkutan merupakan sejenis
  perkhidmatan pengangkutan yang digunakan di kawasan pelancongan. Perkhidmatan
  ini dapat memberi pelancong peluang menikmati keindahan alam semula jadi di
  kawasan tersebut. 
Kepentingan
  ekopengangkutan 
Ekopengangkutan penting untuk
  membolehkan pelancong: 
u    
  Sampai ke sesuatu tempat pelancongan. 
u    
  Dapat mengembara dan menikmati keindahan alam semula
  jadi di kawasan persekitaran. 
Pelancong dapat menikmati keindahan alam di kawasan tanah
tinggi dari dalam kereta kabel. 
Pelancong menikmati keindahan alam sambil mengelilingi
tasik atau pulau dengan bot pelancong. 
Ciri Kenderaan ekopengangkutan. 
Ciri yang ada pada kenderaan yang
  digunakan untuk tujuan ekopengangkutan ialah: 
·   
  mempunyai ruang pemandangan yang mencukupi. 
·   
  mengutamakan keselamatan pelancong. 
·   
  memerlukan khidmat pemandu pelancong untuk menjelaskan
  sifat daya tarikan sesuatu kawasan pelancongan itu. 
Perkhidmatan
  ekopengangkutan di Malaysia. 
Antara perkhidmatan
  ekopengangkutan di Malaysia adalah seperti: 
Kereta kabel 
Terdapat di Genting Highlands dan
  Pulau Langkawi. 
Bot pelancongan 
Terdapat di Tasik Kenyir, Tasik
  Mines, Tasik Cini dan Tasik Putrajaya. 
Terdapat di persisirn pantai
  Semenanjung Malaysia. | 


