Sunday, 11 December 2011
Baca Dan Fahami.
| 
Ekopengangkutan 
Ekopengangkutan 
Ekopengangkutan merupakan sejenis
  perkhidmatan pengangkutan yang digunakan di kawasan pelancongan. Perkhidmatan
  ini dapat memberi pelancong peluang menikmati keindahan alam semula jadi di
  kawasan tersebut. 
Kepentingan
  ekopengangkutan 
Ekopengangkutan penting untuk
  membolehkan pelancong: 
u    
  Sampai ke sesuatu tempat pelancongan. 
u    
  Dapat mengembara dan menikmati keindahan alam semula
  jadi di kawasan persekitaran. 
Pelancong dapat menikmati keindahan alam di kawasan tanah
tinggi dari dalam kereta kabel. 
Pelancong menikmati keindahan alam sambil mengelilingi
tasik atau pulau dengan bot pelancong. 
Ciri Kenderaan ekopengangkutan. 
Ciri yang ada pada kenderaan yang
  digunakan untuk tujuan ekopengangkutan ialah: 
·   
  mempunyai ruang pemandangan yang mencukupi. 
·   
  mengutamakan keselamatan pelancong. 
·   
  memerlukan khidmat pemandu pelancong untuk menjelaskan
  sifat daya tarikan sesuatu kawasan pelancongan itu. 
Perkhidmatan
  ekopengangkutan di Malaysia. 
Antara perkhidmatan
  ekopengangkutan di Malaysia adalah seperti: 
Kereta kabel 
Terdapat di Genting Highlands dan
  Pulau Langkawi. 
Bot pelancongan 
Terdapat di Tasik Kenyir, Tasik
  Mines, Tasik Cini dan Tasik Putrajaya. 
Terdapat di persisirn pantai
  Semenanjung Malaysia. | 
Mari Bersyair
| 
Pelayaran Muhibah 
Dengarlah kisah pengalaman dicitra, 
Pelayaran Muhibah indahlah nyata, 
Lautan biru diredah serata, 
Kenangan bersama menjadi cerita. 
Terkenal sudah sebuah bahtera, 
Seperti kota luas tertera, 
Kemudahan moden sangat ketara, 
Semua penumpang riang gembira. 
Ke Pulau Langkawi arah destinasi, 
Pulau Pinang telah dilepasi, 
Terhibur hati melihat reaksi, 
Rakan ceria menjadi inspirasi. 
Penumpang terhibur sepanjang hari, 
Indahnya pemandangan tidak terperi, 
Pengalaman ini sukar dicari, 
Sekiranya teringin alamilah sendiri. | 
Baca Dan Fahami.
| 
Sebelum pulang ke Sarawak, Bustam sempat menyiapkan buku skrapnya tentang
  jenis-jenis pengangkutan awam. Dia mencari maklumat lanjut tentang ERL melalui
  internet di rumah bapa saudaranya. Dia mencatat maklumat yang diperolehi.
  Mari kita baca maklumat tersebut. 
ü      
  ERL beroperasi antara Stesen
  Sentral Kuala Lumpur dengan Stesen di KLIA. 
ü      
  Perjalanan antara dua
  stesen tersebut mengambil masa 28 minit. 
ü      
  ERL bertolak dari
  kedua-dua stesen setiap 15 minit. 
ü      
  Setiap gerabak berhawa
  dingin dan dilengkapi dengan tempat duduk yang selesa. | 
Saturday, 10 December 2011
Lakonkan.
| 
Semasa di Kuala Lumpur, Bustam
  dibawa oleh Pak Cik Kahar ke Putrajaya dengan menaiki ERL. Dalam
  perjalanan, Bustam terdengar perbualan antara dua orang budak perempuam. 
Susan : Wah, lajunya kereta api
  ini! 
Janet : Yalah, tapi ini bukan kereta api
  biasa! Ini ERL. Kereta api ini menggunakan
  tenaga elektrik. 
Susan : Oh, begitu! Tentu perkhidmatan
  ERL ini amat diperlukan. Inilah hasil kemajuan sains dan teknologi. 
Janet : Kereta api ini tidak sepanjang
  kereta api biasa. Di dalam gerabaknya pula, ada monitor yang menayangkan
  maklumat tentang perkhidmatan ERL dan juga tempat-tempat menarik di Malaysia. 
Susan : Amboi, selesa sungguh menaiki ERL
  ini! Tempat duduknya pun lembut. 
Janet : Memang benar kata kamu, Susan.
  Selain selesa, perkhidmatan ini akan mempercepatkan perjalanan antara ibu
  kota dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. | 
Friday, 25 November 2011
Jenis-jeneis Kenderaan Yang Lalak Menerima Subsidi
| 
·        Bas
  sekolah               
       | 
| BAS SEKOLAH | 
 | BAS BERHENTI-HENTI | ||
| BAS PENGANTARA | KERETA SEWA | TEKSI | ||
| LORI MAYAT | AMBULANS | BOMBA | 
BAS MINI VAN MAYAT
Definisi Kenderaan
Definisi Kendaraan berdasarkan PP Nomor 44 Tahun 1993
|  | 
Subscribe to:
Comments (Atom)


 








